Program Kesejahteraan Berasaskan Alam
Kami membantu individu dan organisasi mengatasi burnout, meningkatkan fokus, dan membina hubungan yang lebih bermakna melalui intervensi Terapi Alam (Shinrin-yoku) yang berstruktur dan berasaskan sains.
Mengapa Terapi Alam Berbeza?
Kami bukan sekadar penyedia aktiviti luar. Kami membina pengalaman reflektif berstruktur yang menyokong kesejahteraan mental jangka panjang dan budaya kerja yang sihat. Di Terapi Alam, kami menggabungkan:
- Mindfulness
- Pendidikan Kelestarian
- Psikologi Positif
- Prinsip Shinrin-yoku
Setiap sesi direka sebagai satu bentuk “Teknologi Alam” — pendekatan sistematik untuk membantu regulasi sistem saraf, mengurangkan keletihan mental, dan memulihkan kejelasan kognitif.
Apabila jiwa manusia tenang, kelestarian sejati dapat bermula.
Apabila sistem saraf stabil, produktiviti akan hadir secara semula jadi.
Solusi Korporat: Kelestarian Bermula Daripada Manusia
Organisasi yang lestari bermula dengan pekerja yang sihat dari segi mental dan emosi.
Kami membantu HR dan pihak pengurusan menangani:
- Simptom burnout & brain fatigue
- Kekurangan fokus dan kejelasan membuat keputusan
- Tahap engagement yang rendah
- Keperluan dokumentasi ESG (Social)
Pilihan Program (Workplace Resilience Series)
The Corporate Oasis (Indoor – 4 Jam)
Sesi intervensi di pejabat untuk:
- Regulasi sistem saraf
- Teknik pengurusan stres praktikal
- Mindfulness di tempat kerja
Sesuai untuk organisasi yang ingin memulakan inisiatif kesejahteraan tanpa perlu keluar lokasi.
The Forest Awakening (Outdoor – 1 Hari)
Pengalaman mendalam di alam untuk:
- Pemulihan kognitif
- Leadership clarity
- Psychological safety dalam pasukan
Sesuai untuk retreat kepimpinan atau reset pasukan.
Nilai Tambah untuk Organisasi
- Pre & Post Assessment
Mengukur tahap stres dan kesejahteraan peserta. - Wellbeing Impact Report
Dokumentasi profesional untuk laporan ESG (SDG 3: Good Health & Wellbeing). - HRDC Claimable (SBL-Khas)
Sebagai HRDC Accredited Trainer, modul kami boleh dituntut sepenuhnya oleh syarikat yang mencarum.
Sesi untuk Individu dan Kumpulan
Hutan adalah ruang selamat untuk anda hadir sepenuhnya. Di sini, kita tidak lagi mengejar destinasi, melainkan kembali kepada fitrah.
Pilihan Perjalanan Anda
Terapi Alam Bersama (Public/ 3 Jam)
- Melambatkan rentak hidup
- Melepaskan lelah dan tekanan harian
- Mengasah kesedaran melalui deria
Lokasi: Kawasan hijau terpilih sekitar Lembah Klang.
Terapi Alam Peribadi (Private / 1 on 1)
Pengalaman lebih peribadi untuk:
- Fasa perubahan hidup
- Kejelasan arah
- Pemulihan Jiwa (Emotional Reset)
Format: 1:1 atau kumpulan kecil (maksimum 6 orang)
Mengapa Memilih Terapi Alam?
- Kepakaran Bertauliah
Dikendalikan oleh jurulatih bertauliah HRD Corp dengan ijazah Sarjana Pendidikan Alam Sekitar dan pakar kelestarian (GRI). - Berasaskan Sains
Menggunakan pendekatan Shinrin-yoku untuk menyokong regulasi sistem saraf dan mengurangkan keletihan mental. - Fleksibel & Disesuaikan
Setiap sesi boleh direka mengikut objektif organisasi atau keperluan individu. - Impak Terukur
Menyediakan data sokongan untuk inisiatif kesejahteraan dan pelaporan ESG.
Apa Kata Peserta?
“Selepas sesi ini, saya rasa lebih ringan dan lebih jelas dalam membuat keputusan.
Ia memberi ruang untuk saya bernafas semula.”
Majoriti peserta melaporkan rasa lebih tenang dan fokus selepas sesi terapi alam.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah program ini sesuai untuk mereka yang tidak biasa dengan aktiviti luar?
Ya, aktiviti kami adalah ringan, inklusif, dan tidak memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Fokus kami adalah pada “kehadiran” (presence), bukan kepenatan fizikal.
Berapakah saiz kumpulan yang dicadangkan?
Untuk impak terbaik:
• 15–20 orang bagi sesi korporat
• Maksimum 6 orang bagi kumpulan kecil untuk menjaga kualiti refleksi
Bagaimana dengan aspek keselamatan?
Keselamatan adalah keutamaan kami. Lokasi dipilih berdasarkan kemudahan akses dan risiko yang minima. Fasilitator kami juga terlatih untuk mengendalikan sesi dalam persekitaran alam dengan selamat.
Bolehkah syarikat menuntut melalui HRDC?
Ya, semua modul korporat kami adalah di bawah skim SBL-Khas.
Bersedia untuk Mencaj Semula Diri dan Pasukan Anda?
“Hutan tidak pernah terburu-buru, namun segalanya selesai dengan sempurna.”
Sama ada anda sedang lelah, atau memimpin organisasi yang ingin membina budaya kerja yang lebih sihat,
kami sedia membantu.
